emosi

April 19th, 2010

kadang kadang aku pun pelik ….kenapa banyak benda berlaku aku pun tak tahu….susah sangat ke orang nak respect hubungan aku dgn dia….. aku kadang kdang jadi cam tunggul

Kesaktian dan Kesaksian

March 25th, 2010

salam ,

ramai yang beranggapan persilatan merupakan jalan kkepada kehebatan, boleh pukul orang, kalau bergaduh menang dan lain lain. Silat dijadikan modal untuk bergaduh sedangkan tiada guru silat yang mengajar anak murid mereka bergaduh,

Guru guru mengajar beladiri, iaitu mempertahankan diri. namun ramai masih keliru, bahkan bukan saja dikalangan anak anak yang memang mentah dan hingusan. terdapat juga kalangan pemimpin perguruan silat yang menganggap mereka kelompok terbaik, jalan mereka terbaik, memperlekeh dan memfitnah orang lain tak mengapa tetapi bila dicuit melenting .

Bagi penulis guru seumpama ini bukan guru sebenarnya walau dia mengaku guru utama. bercakap tentang bangsa Melayu tetapi yang dicari musuh itu bukankah dengan sebangsa dengannya? satu syahadah.

personaliti johor

February 11th, 2010

dah lama x berkenalan dengan personaliti pesilat dari johor

dikenalkan dengan Muhammad Nurhikmah Bin Sairi

Hikmah manja

hikmah

Nama Nurhikmah

umur 17

taraf cindai kuning 2

Juara tempur tertutup GM Johor 2009

naib juara tempur tertutup GM Kebangsaan 2009 (kategori B)

budak kecik yang setia …. no telefon kena minta izin cari dia kat my space

Sembah Takziah

January 26th, 2010

Almarhum sultan Iskandar Al haj ialah seorang sultan yang dekat dihati rakyat. seluruh negeri pasti merasai kehilangan baginda, sembah takziah hamba mewakili PSSGMM negeri Johor

Almarhum Sultan Iskandar

Almarhum Sultan Iskandar.. Al Fatihah

Destiny And Hope

January 24th, 2010

The journey that involve both mental and spiritual test, actually the main purpose  of this journey is just to showcase Gayong Maarifat, but also it gives an amount of real test to the student.

For me the real test comes in a different form, other than exhaustion its ia test of honesty, its the care sensitive relationship,  for those who have an aye on sensing the mistake of others i have proven that the relationship is far more than just a mere lust and passion like it was so called pronounce,

At the end of the day I stood there smiling at them, the test is just the beginning for me and it will not end, cos the bad story is so good to sell around.

Its weird that people take so much interest in anticipating bad things that others would do, its is told that this type of thinking really reflect on that person inclination to do the thing they worries other might do.

Its karma …..

ME and Future Datin Aria

Me and my future wife

Hakikat Perjuangan

January 23rd, 2010

Bagi mereka yang melaungkan perjuangan, terlebih dahulu tanyalah diri apakah yang diperjuangkan?

Didalam Persatuan yang memperjuangkan tiga matlamat utama

1. Dakwah

2. Membetul aqidah

3. Ukwah (menyatu padukan masyarakat.)

Setelah dialun sepak terajang bersama jemaah selama lebih sebelas tahun kadang kala terasa lelah dan letih tetapi bagi hamba, menjulang semangat Khalid Al Walid. Walaupun kadangkala pengorbanan dipandang sinis dan kesilapan dijaja berabad abad lamanya tetapi hati tetap setia dengan pengorbanan.

Tiada siapa yang layak berkata aku telah melakukan banyak perkara untuk jemaah, kerana sesungguhnya bila jiwa berada didalam jemaah hakikat diri tidak lagi penting.

Sesungguhnya jika anda berjuang kerana jemaah , jemaah akhirnya akan mati jua, berjuang untuk pemimpin pemimpin juga tidak kekal, tetapkan hati berjuang kerana diri sendiri… kerana Allah, untuk menegakkan Kalimah Syahadah dihati umat Islam akhir zaman yang leka, lalai, lupa dan jahil.

Tetapi lunak di lidah tetapi sukar dilaksana, bagi hamba jua sukar hendak ikhlaskan diri dalam berjuang, kerana kita insan, yang mempunyai perasaan.

Disinilah hakikat perjuangan …. yang jelas matlamat dan tujuan akan tetap berada disisi jemaah walau jemaah meminggirkan kita, terpinggir kerana tidak mengikut arus perdana, terpinggir kerana membawa jalan yang berbeza dalam menjalankan matlamat.

Sabarkan hati.. tetapkan matlamat, tiada siapa dapat memberi pembalasan yang lebih elok dari pembalasan Yang Maha  Adil,

Pesilat Minggu Ini

November 2nd, 2009

nama: Nursyuhada Sarbini

Umur 19

Nama Gelanggang: Sribayu

Gelangang: Semarak Kasturi (rip)

Tahap: Cindai Kuning

Status: Tanya ayahnda dia….

Salah seorang serikandi yang pernah seketika menjadi sinar dan penyeri kepada PSSGMM johor, walaupun kini sudah tidak aktif bergelanggang tetapi jiwanya terhadap jemaah masih lagi kuat

pesilat minggu ini

November 1st, 2009

Nama Mohd Norfariz bin Misri
Nama Gelanggang: Indra Putra
Gelanggang: Panca Delima (menuntut)
; Mega Senja (mengajar)
:Sekilas senja (mengajar)
Taraf: cindai kuning pelangi 2
Umur 17 tahun
Status: ??? no komen….
Yang ada tanda arrrow tu …. adalah pesilat yang selalu menemani penulis ke Bukit Tinggi, penyimpan kebanyakan rahsia penulis, dan antara pesilat yang menunjukan peningkatan dalam pelajaran yang amat memberangsangkan merupakan antara pesilat pesilat awal yang berjaya dalam ujian pelangi 2.
Kini aktif membantu penulis mengajar dan berani mengembangkan sayap ke daerah keluang sendirian ..penulis ucapkan syabas buat beliau

Pesilat Minggu lepas

October 20th, 2009

Nama:Muhammad Zainol Ariffin Bin Toha

Nama Gelanggang: Pendita Arif

Gelanggang :P anca Delima
:Selembar Merah (Mengajar)
Umur :19

Status : Bujang n very2 available

Taraf:Cindai Kuning 2

Antara pelatih awal pada tahun 2007, ahli yang pada pandangan mata antara yang setia dan faham akan erti perjuangan dan erti kesabaran;

Dilantik menjawat pelbagai jawatan dari bendahari hinggalah kepada pengerusi PSSGMM cawangan Seri Medan. Sekarang diamanahkan untuk membantu mengajar.

Perwatakan yang kadangkala kasar banyak menimbulkan pertikaian, tetapi beliau jujur, ini pandangan ikhlas dari saya yang mendidik beliau.

Pesilat 2 Minggu lepas

October 19th, 2009

Nama: Muhammad Amirul Ridzuan bin Abd Rahim
Nama gelanggang: Putra Andika Sangsapurba
Tarikh Lahir: 18 september 1991
Gelanggang: Panca Delima (Seri Medan)
Taraf: Cindai Kuning Pelangi 2
Status: Bujang n available
Menyertai jemaah pada tahun 2008 merupakan antara watak yang agak menonjol kerana kebolehan beliau bertaranum,
Ini kerana beliau merupakan bekas juara tilawah peringkat negeri Johor diwaktu zaman persekolahan nya.
Dengan watak yang agak tenang dan sedikit warak ditambah dengan kebolehan beliau mengaji Al Quran serta menghafaz doa, hanya sebulan selepas menyertai PSSGMM beliau telah diamanahkan tugas sebagai ketua biro dakwah bagi Seri Medan.
Sekarang disamping tugas beliau diperingkat kawasan beliau juga merupakan AJK biro dakwah peringkat negeri Johor.
Tugas yang berat pada usia yang muda, sama samalah kita doakan beliau tetap teguh memegang amanah dan perjuangan PSSGMM.